Monday, January 30

Hati Seorang Lelaki (doh la tuu…)


“…Memang berbeza sekali perasaan jiwa lelaki dengan perempuan, sebagaimana berlainnya kejadian tubuh kasarnya. Lelaki dan perempuan sama-sama mencukupkan kehidupan dengan percintaan. Tetapi falsafah kedua belah pihak dalam perkara cinta, amat berbeza, laksana perbezaan Adam dan Hawa.
Lelaki bila mana telah menemukan cintanya untuk seorang perempuan, maka perempuan itu mesti jadi haknya seorang,
tak boleh orang lain hendak ikut berkongsi dengan dia.
Jika perempuan itu cantik, maka kecantikannya biarlah diketahui olehnya seorang.
Jika suara perempuan itu nyaring, biarlah dia seorang yang mendengarnya.
Sebab itu, kalau ada orang lain yang hendakmemuji kecantikannya, atau mengatakan suaranya nyaring, atau menyanjung budi baiknya,
Semua itu tidaklah diterima oleh lelaki yang mencintinya tadi.
Bertambah banyak orang memuji kecintaannya (kekasihnya), bertambah timbullah cemburu dalam hatinya,
sebab perempuan itu untuk dia,
buat dia,
tak boleh buat orang lain.

Tetapi takdirnya ada orang yang mencela, mengatakan perempuan yang dicintainya itu buruk tidak serupa perempuan lain,
kalau ada orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya, sebab dia telah memberi cinta hati kepada seorang perempuan,
yang kecantikannya tidak patut mendapat penghargaan setinggi itu,
kalau ada orang mencacat, merendahkan, maka semuanya itu bagi lelaki yang bercinta tadi, akan menambah patri cintanya dan
menambah harga perempuan itu dimatanya…”

~dipetik dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karangan HAMKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur dan setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT, tuhan sekalian alam kerana masih memberi kekuatan kepada penulis untuk menambahkan lagi contengan di halaman ini…

Novel karangan Hamka, nama sebenar Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah ini penuh padat dengan falsafah dan intonasi jiwa.
Pada awalnya disangkakan novel ini berkisah perang, tetapi jauh sekali ke alam cinta, cinta zaman nusantara,
cinta surat menyurat,
cerita cinta masyarakat yang teguh dengan adat,
cinta atas dasar kasih,
cinta pertama lelaki malang yang terus setia walau telah nyata dinodai cintanya...

Petikan di atas yang diambil dari novel ini cukup tepat
Kurang faham? Barang kali kamu memang kaum Hawa, lelaki baca sekali pasti faham dan setuju..
Tetapi yang musykilnya, bagaimana lelaki-lelaki di luar sana yang masih ramai istiqomah bercinta sebelum nikah..
Mungkin cinta dan setia lelaki-lelaki ini jauh melebihi cemburunya…
Kalo tak cemburu tipulah..  

Tahu ke lelaki-lelaki yang terus istiqomah bercouple ni, yang perempuan itu tidak curang dibelakangnya..?
Mungkin perempuan itu kuat pegangan agama, tidak keluar dengan lelaki lain (keluar dgn member pun bleh cemburu gak beb), dan tidak mungkir janji takut nanti tergolong dalam golongan munafik…

Hmm kalo perempuan tu kuat pegangan agama, boleh pulak dia couple dengan kita…

“Dia setiaa…”.

Sejauh mana? Kalo sekarang dia boleh bercouple dengan kita, tak mustahil di boleh bercouple dengan orang lain pulak.
Kalo dah kawin nanti, boleh gerenti ke hati kita, orang lelaki-lelaki sekalian boleh tenang dan menaruh 101% kepercayaan kepada isteri yang kita dah ‘couple’kan dulu..

Dengan kita dia boleh bercouple, pegang-pegang tangan, langgar sana-sini, ciut sana-sini, bergayut ber’sms’ siang malam sebelum kawin, tak mustahil selepas kawin dia boleh buat dengan orang lain semasa kita sibuk mencari nafkah…

“Bercouple sebab dah sayang sangat-sangat, dah berjanji nak kawin…”
“nak jaga dia elok-elok, jodoh pun kene usahakan?”
“takut nanti tak de org nak bimbing dia dan takut nanti dia bercouple dengan orang yang tak sepatutnya, orang yang hanya nak mainkan perasaan dia.”

Hebat sungguh cintamu kepada perempuan itu..,
Tapi perempuan itu macam mana pulak?

Penulis bukan syaitan yang nak meng’was-was’kan cintanya kepada kau seperti syaitan yang selalu meng’was-was’kan wuduk dan solat kau.

Jodoh itu milik Allah, kalo kita bercouple umpana kita tidak yakin dengan janji Allah dan qada dan qadar dan jodoh yang Allah dah tentukan bagi kita..

Kalau betul dia jodoh kita, biarkan Allah yang jaga dia.
Bagaimana dengan iman kita kalau kita merasakan diri kita yang mampu mengaturkan soal jodoh sendirian dengan bercouple dan berjanji akan setia...
Lupakah kita akan kuasa yang Maha Esa yang mampu mengubah apa-apa sahaja.

Sudahlah tu bercouple, tak rase penat ke hari-hari bimbang perkara yang tak pasti, sentiasa berada dialam fantasi duniawi.
Bukan senang nak jaga hati sahabat-sahabat…

Sekian, Allahualam.   

Monday, January 16

ROTAN bukan sekadar kuasa (II)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Rotan adalah simbolik kepada disiplin.

Tidak setuju?

Di sekolah, siapa yang selalu bawa rotan ke hulu, ke hili, bukan guru disiplin ke..
Berdisiplin tak kita apabila berselisih dengan guru disiplin ini? Haha, kemas bukan, tadinya  tie entah kemana, lencana sekolah yang tiada boleh jadi ada.. Bukan kah rotan itu mampu menDISIPLINkan kita walaupun buat seketika.

Bagaimana rotan mampu mendisiplinkan kita apabila dewasa?

Saidina Umar Al-khattab ra, setiap malam akan bermuhasabah dengan memukul diri sendiri atas kesalahan yang dilakukan. Beliau di siang hari akan mencatat segala kesalahan yang dilakukan dan akan bermuhasabah di malam hari.

Hari ini…

Bersangka baik sehingga tidak berDISIPLIN
Bersangka baik dan menutup aib orang lain adalah perkara yang dituntut terutama dalam membina ukhwah sesama sahabat perjuangan.

Tetapi jangan sampai menggadai disiplin.

Tidak berdisiplin umpama tiada pendirian, bayangkan apabila jalan raya tanpa peraturan, tanpa disiplin, pasti punah ranah masyarakat, kemalangan sana–sini, pergaduhan berlaku. Itu baru jalan raya tanpa peraturan.

Diri kita tidak berdisiplin? Siapa kata, bukan solat lima waktu telah mendisipinkan kita.. Bukan siang dan malam telah mendisiplinkan kita?

Oleh itu pentingnya disiplin, disiplin perlu didik dan dibentuk sehingga “alah bisa tegal biasa”. Bermula dengan paksaan, akhirnya menjadi kebiasaan.

Dipecat..
Disaman..
Dipukul..

                                                                    gambar hiasan

Belajarlah, kerana ia membentuk dan mengajar kita menjadi lebih berdisiplin.
Disiplin amat penting, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”
       “mencegah lebih baik daripada mengubati”

Peraturan digubal untuk menyelesaikan masalah, jadi berdisiplinlah mengikut peraturan kerana tanpa peraturan kita tidak mampu mendisipinkan diri sendiri.

“pukul bukan kerana benci, tetapi kerana sayang”

Kesimpulannya, kembalikan ROTAN dalam hidup anda sebagai alat untuk mendisiplinkan diri sebelum kita bekerja untuk mendisiplinkan orang lain terutamanya mendisiplinkan orang lain untuk mengikut syariat Allah SWT.

Sekian,

Allahualam.

~sekadar pendapat peribadi penulis

ROTAN bukan sekadar kuasa (I)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Rotan mungkin menjadi simbolik kuasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi penulis rotan merupakan simbolik DISIPLIN.

Rasulullah SAW ada berpesan, didiklah anak-anak untuk solat pada usianya 7 tahun dan pukul atau rotanlah jika dia masih tidak solat diusia 10 tahun.

Cuba kita imbau kembali semasa kita kanak-kanak, rotan adalah ketakutan bagi kita. Mana tidaknya, lewat pulang sahaja pasti kene, kaki kotor selepas bermain pasti kene, bergaduh dengan adik-adik dan malas mengaji, dapatlah habuan. Kadang-kala rotan tu tidak menyentuh tubuh kita pun, tapi kita menangis seperti dihiris jari dengan pisau. Tetapi itulah zaman kanak-kanak.

Kenapa rotan, mampukah ia menjadi senjata yang baik untuk kanak-kanak?

Bukankah kanak-kanak itu suci dan masih belum mengerti?

gambar hiasan

Cuba kita letak rotan sebagai alat untuk mendisiplin kanak-kanak, bukan kekuasaan. Ya, kanak-kanak belum mengerti tetapi pemilik rotan pasti sudah mengerti bukan? Apabila pemilik rotan meletakkan rotan sebagai kuasa, pasti kanak-kanak itu didera dan dikerjakan secukupnya.

Tetapi tidak bila rotan menjadi alat untuk mendisiplinkan kanak-kanak. Cukup sekadar kanak-kanak itu mendengar kata dan mengikut peraturan kata mudahnya berdisiplin. Jadi berjayalah rotan sebagai alat mendisiplinkan kita semasa kanak-kanak jika kita sudah takut apabila digertak dengan rotan.

Pada kita, kanak-kanak itu meletakkan rotan sebagai kuasa kerana mereka tidak mengerti, tetapi ibubapa kita mengerti dengan meletakkan rotan sabagai menDISIPLINkan.

Situasi hari ini, apabila ibubapa sebut rotan, si anak tersenyum sahaja…

Kata si anak, “ hi hi, rotan dah kene sorok.”

Allahualam…

Saturday, January 7

Takziah sebenarnya Ta'ziah (تعزية)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Masyarakat Melayu kita banyak menggunakan istilah Bahasa Arab dalam penggunan kata harian terutamanya berkaitan hal-hal ibadat.


Tetapi sedarkah kita bahawa setiap ucapan dan kata-kata itu adalah doa dan mempunyai makna atau erti tertentu... lain yang disebut lain lah juga maknanya.


Hal ini menjadi lebih serius apabila ia melibatkan hal ibadat seperti doa, niat dan sebagainya kerana ia melibatkan sah atau tidak sesuatu amalan itu.


Hal ini mungkin kerana dahulunya Bahasa Arab yang diaplikasikan ke dalam masyarakat kepulauan Melayu menggunankan tulisan Jawi. Lihat sahaja kitab-kitab yang dikarang oleh Ulama Nusantara, tiada yang bahasa rumi, semua tulisan jawi.


Kesannya apabila Bahasa Melayu digunakan untuk menjadi pengantara atau tulisan kepada Bahasa Arab ialah, sebutannya menjadi salah, maknanya menjadi lain. Antara perkataan yang menjadi sinonim dalam masyarakat kita hari ini adalah seperti;


1. Aidil Fitri dan Aidil Adha sepatutnya I'dul Firti dan I'dul Adha.


2. Takziah sebenarnya Ta'ziah (تعزية) sila rujuk sebutan bahasa Arab.


Selain itu kita juga tersalah istilah yang mana perkataanya hampir sama tetapi maksudnya jauh berbeza seperti...


(istilah bagi orang yang haram berkahwin dengan kita dengan kita seperti adik kita, emak mertua dan lain-lain) muhrim sepatutnya mahram. Muhrim bermaksud orang yang sedang mengerjakan umrah atau haji. 


Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang yang kita dan masyarakat kita lakukan tanpa kita sedari.


Ini sekadar cetusan dan penjentik bagi kita supaya lebih cakna, penulis bukanlah berlatar belakang sekolah Arab atau tahu berbahasa Arab, cuma sekadar perkongsian daripada apa yang tahu dan baru tahu...


kalo ada nak kongsi istilah-istilah lain, silakan sungguh dialu-alukan :) 


Allahua'lam, sekian..

Thursday, January 5

4 Faktor Kenapa M0tor Kapcai Tidak Laju


      Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera wahai mat-mat dan minah-minah motor (bukan mat rempit) sekalian. Moga-moga motor kalian dalam keadaan baik dan tip-top hendaknya.

Disini penulis ada pengalaman yang hendak dikongsikan, penulis bukanlah pomen handal atau pakar motor, jadi ‘engineer’ pun belum tentu lagi. Tapi ingat, pengalaman adalah guru yang baik, jadi jangan jadikan pengalaman sekadar sejarah yang bakal dilupakan, tapi ambillah ia menjadi pengajaran.

Sebelum itu, perlu jelas bahawa motor kapcai bukan merujuk kepada motor Honda Cub 70cc atau seangkatannya semata-mata, LC135, Wave125, Kriss dan skuter adalah kelompoknya juga (tak percaya Wikipedia ada). Kalo tidak, tak lah dipanggil ‘Petronas CubPrix’. (ala perlumbaan motor tu, yang buat kat jalan biasa yang dijadikan litar)

Penulis menyimpulkan ada empat faktor kenapa motor seseorang itu tidak laju (kalo tak percaya tanya diri sendiri):

1.      Penunggang Motor

Ciri –ciri atau sifat fizikal penunggang memainkan peranaan yang penting kerana ia akan mempengaruhi dari segi aerodinamik, senang cerita faktor rintangan angin. Sebab itu kalau dekat lebuhraya kita akan lihat aksi ‘separa supermen’ kenapa tidak penuh, sebab tak terbang. Kalo nak tahu, mereka ini sedang melawan arus angin dan berusaha mengurangkan rintangan agar dapat pergi lebih laju.”makin tunduk makin laju beb, tapi hati-hati, jangan sampai tertidur..”
Selain itu, berat badan juga memainkan peranan yang besar, mana ada pelumba motor badan berat kan? haha. “Ni tak, sebok nak setting sporket lah tukar ekzos lah, padahal badan sendiri yang berat, motor tak mampu nak tampung”.

2.      Ekonomi Semasa

Jangan ingat ini soal bursa saham pulak, jauh sekali harga pasaran motor. Ini soal poket masing-masing, tidak faham lagi? Hmm ok penulis bagi situasi, “ Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah penat bekerja, seperti biasa Rozak (bukan nama sebenar) menunggang motosikal dengan berhemah sekali (selalu pecut), tiba-tiba  ada sebiji motor dengan lajunye memotong dari belakang (yelah, tak kan dari depan kot). Hati Rosak menjadi panas, rase nak potong je balik, tapi apakan daya poketnye yang kosong dihujung bulan membuatkannya bersabar.” Sedikit info disini, untuk menjimatkan minyak dalam 2-3 titik, (tak bnyk pun), elakkan selalu memecut tetapi tungganglah dalam kelajuan sekata. “kalo dengar mat-mat motor bisisng rem-rem moto ‘premmmm.. preeemmm…’ tu tandanya tak sayang minyak, minyak dah la mahal…sekali bubuh RM5 tu pun tak penuh.”  


3.      Latar Belakang Keluarga

Panjanglah pulak, ingat nak tulis sikit jee..
Seterusnya faktor keluarga, ni bukan sebab mak bapa marah atau takut bini, tapi hampir sama dengan faktor kedua, tapi ni lain sikit. Hal ini selalunya melibatkan modifikasi motor yang besar, seperti tukar blok dan sebagainya. Secara teorinya, untuk dapatkan kelajuan yang tinggi, memerlukan enjin yang lebih berkuasa. Jadi dengan menukar blok dan sebagainya pada komponen enjin akan menyebabkan perubahan pada CC sesuatu enjin itu...(pada penulis, ni cara org kaya, maklumlah penulis miskin). Perbelanjaannya cukup besar dan mencecah ribuan ringgit. Modifikasi kecil sebagai contoh tukar CDI racing paling murah dua ratus lebih, ekzos seratus lebih, kaberator biasa-biasa punye pun seratus lebih, setting sporket satu set paling murah empat puluh lebih. Hmm boleh pening jugak kalo latar belakang keluarga yang bukan kaya ni. haha “jadi, main motor standard gaban sudah, wat parok minyak je tukar tu tukar ni..haha”   


4.      Usia

Faktor terakhir dari penulis, usia…
Dipendekkan cerita, mungkin kerana usia anda masih panjang dan bukan ditakdirkan mati dijalan yang lurus dan bukanlah Lebuhraya Utara Selatan mahupun Lebuhraya Pantai Timur yang menjadi saksi perjuangan anda dalam mengejar kelajuan..hehe

            Allahualam, sekian..     

Inilah kuda tunggangan kesayangan penulis, bukan untuk dijual kerana ia akan menjadi kenangan buat anak cucu nanti…



p/s: bukan nak ajak test kat highway mahupun nak kata motor ni laju, tapi sekadar nak ajak kalo-kalo ada rider kat luar sana yang rider JB-KTN.. bleh konvoi sekali, ak last paper final 19 januari 2012.