Loading...

Sunday, November 7

praktikal vs amali vs ilmu vs pengalaman

"ah, sape cakap ak x tau, senang je lah buat tu"

ungkapan yang sering kita lafazkan tak kale kita diarahkan buat sesuatu, namun sejauh mane kita tahu melaksanakannya. Ya mungkin kita pernah melihat, menolong atau membaca, tapi sejauh mana kita mampu melaksanakn sesuatu tugas tu tanpa pengalaman yang cukup lebih-lebih lagi apabila 'dipantau' oleh orang yang jauh lebih berpengalaman seperti bapa, atok mahupun seorang pegwai polis. Mungkin inilah remaja yang hidup dalam berdikari membuat keputusan atau sesuatu kerja... hakikatnya inilah yang berlaku kepada diri ku apabila ditakdirkan tayar kereta pancit. Walaupun pernah mempunyai pengalaman sebelum ini, tetapi pengalaman yang cetek itu masih belum mendewasakan diri ini kerana sambil lewa dalam melakukan sesuatu, bak kata budak zaman sekarang "asal jadi sudah".

"rasany dah ke-50 kali tegok orang buat salah cam ni"
Teguran sinis beberapa kali pegawai polis yang menyaksikan aku dan dua lagi sahabat yang sedang menukar tayar cukup menyedarkan aku akan teruknya apabila ada ilmu atau pengalaman tapi tidak digunakan sebaiknya dan mengambil mudah sesuatu perkara.
TETAPI YANG LEBIH AKU SEDAR IALAH AKU RINDU DIMARAHI DAN DITEGUR...kerana sudah lame rasanya diri ini tidak dimarahi terutamanya oleh emak tersayang di kampung.

trime kasih pak cik ;)