Loading...

Tuesday, November 15

Usah Terpedaya Dek Keselesaan Wahai Mahasiswa!

Assalamualaikum,

Agak lama sebenarnya diri ini menyepi dari berkata sesuatu yang hakikatnya sering bermain diminda. Laman yang sempit ini ingin ku melontarkan persoalan yang nampak remeh tetapi hakikatnya mencorakkan masa depan negara kita.

Sedar atau tidak, perasan atau tidak mahasiswa sebenarnya dikawal oleh satu kuasa asing yang mampu merosakkan pewaris negara ini. Bukan isu AUKU tidak selari dengan Perlembagaan Malaysia, bukan sistem pendidikan negara yang sering dipertikaikan malah bukan juga isu wajarkan dibenarkan politik masuk ke dalam kampus. Tetapi isu disini ialah, keselesaan atau perkataan yang sering digunakan ialah "comfort zon".

Di negara India, rakyatnya disuap dengan pelbagai filem-filem yang mengasyikkan, penuh dengan adegan kesenangan dan kemewahan dimana mereka mempunyai rumah bak istana, berlari di taman bunga yang indah sehingga mereka lupa akan kesusahan hidup yang mereka hadapi.

Islam pula tidak akan lekang dengan tipu helah dan daya muslihat musuh-musuh Islam yang ingin melihat Islam  dibenci dan ditakuti. Lihat sahaja bagaimana mayat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi baru-baru ini tidak di uruskan dengan sempurna sedangkan Islam mengajar adab-adab dalam berperang, malah musuh yang menyerah kalah tidak boleh dibunuh. Ini tidak lain dan tidak bukan agenda yahudi yang ingin memburuk-burukkan Islam agar dibenci dan diaggap pengganas oleh masyarakat dunia.


Kita kembali ke dunia kampus, mahasiswa hari ini dilihat seperti tidak cakna dengan hal sekeliling mereka. Tidak peka atau malas mempertikaikan, itu tidak pasti. Yang pasti harga makanan sudah naik, dan mahasiswa seperti redho dan berserah sahaja dengan apa yang berlaku. Bukan itu sahaja, banyak lagi hal-hal kebajikan lain yang mahasiswa hanya tunduk dan patuh sahaja sedangkan pengajian ini dibayar bukan dipaksa.

 Mengapa ini berlaku, kerana kita selasa dengan tilam dan bantal yang empuk yang terus menghanyutkan kita di dalam mimpi. Ayuh bangunlah dari lena kerana " Manusia ketika ia terjaga sebenarnya dia tidur, manusia hanya terjaga bila ia mati kelak"


Allahu`alam