Loading...

Saturday, December 31

Medium Propaganda Masa Kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga siber sekalian.

Alhamdulillah banyak-banyakkan kita bersyukur kepada Tuhan sekalian alam yang telah menjadikan alam yang cukup indah ini diserikan pula dengan manusia yang dicipta begitu sempurna seperti firman Allah SWT di dalam Al Quran yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)” ayat 4, surah At Tin. Namun sejauh dan seramai mana manusia menggunakan kesempurnaan yang ada untuk menjadi yang baik dan berguna bukan sekadar pada diri sendiri malah bermanfaat kepada orang lain.

Kini, nikmat yang dahulunya sebagai kehendak, sudah kearah menjadi keperluan kepada setiap individu. Internet, satu rangkaian komunikasi yang banyak mengubah lanskap dunia hari ini tidak kira dari aspek pendidikan, sumber maklumat, politik dan kemaksiatan. Mesin di hujung jari yang tiada sempadan ini ada baik buruknya terutamanya dalam penyebaran propaganda.

Propaganda adalah satu bentuk komunikasi yang berperanan mempengaruhi pemikiran atau sikap masyarakat terhadap sesuatu perkara atau isu. Kalau dahulu semasa zaman jepun, berita atau pengumuman disebarkan melalui risalah kertas yang akan ditaburkan menggunakan pesawat ringan, habis kampung-kampung dan pekan-pekan dipenuhi kertas, maklumlah penggunaan radio adalah diharamkan masa zaman Jepun.

Pada 2008, kita dikejutkan dengan perubahan lanskap politik Negara hasil daripada keputusan Pilihan Raya Umum yang mengejutkan banyak pihak. Antara faktor hal ini berlaku adalah kerana arus media elektronik terutamanya internet, yang menjadi medium untuk penyebaran maklumat yang lebih meluas dan tiada ‘bias’ berat sebelah. Hari ini sejarah telah membuktikan laman web sosial seperti “facebook”, “twitter” dan lain-lain mampu menumbangkan kerajaan Mesir yang zalim.

Saat ini, filem pula menjadi medium propaganda terbaik kerana bertepatan dengan perubahan masa dan zaman. Masyarakat atau warga siber khususnya kini lebih gemarkan hiburan dan perkara yang menyenangkan. Jawapannya mudah, filem cerita pendek. Ceritanya ringkas dan padat, penuh dengan info dan ‘message’ yang berguna. Sebagai contoh terbaik, filem “Oley!!” mampu menjawab dan sekaligus membidas kenyataan negatif yang tentang hukum Hudud yang dinyatakan dalam filem pendek “Sembang Rakyat”. Hasil gabungan antara filem pendek yang di ‘upload’ di laman web “You Tube” dan “Facebook”, penyebaran maklumat berjalan begitu pantas dan effisen sekali.


Oleh itu, penulis menyeru warga siber sekalian terutamanya mahasiswa agar memanfaatkan sebaik mungkin nikmat yang kita nikmati ini. Usah biarkan KEBATILAN menguasai medium propaganda hari ini. Kita selaku orang yang berpelajaran patut kenal mana kaca dan mana permata yang boleh membezakan antara benar atau palsu, baik atau buruk. Mahasiswa perlu menjadi telunjuk dan pembaris kepada masyarakat kerana mahasiswalah yang akan menjadi pemangkin (catalyst) kepada masa hadapan negara…
Sekian, wallahu`alam.

SELAMAT MEMASUKI TAHUN 2012 MASIHI
           

Sunday, December 4

pantun pedoman



Pandu kereta hati-hati,
Terbabas kiri jangan sekali,
Banyak cakap boleh tapi,
Jangan sampai ujub pada diri.

Memang segak jejaka berserban,
Cantik lagi gadis berstoking tangan,
Tergesa-gesa itu cara syaitan,
Tapi ilmu perlu diteguhkan.

Itu ini pakai duit,
makin hari makin sikit,
selalu syukur walaupun sakit,
pasti rezeki tidak sulit.

Bukan puntianak bukan hantu bonceng,
Toyol juga tidak heran,
Tapi takut akan bayang-bayang,
Diri sendiri jadi penghalang.

Jauh perjalanan luas pemandangan,
Taqwa jadi sumber bekalan,
Islam bukan sekadar simpanan,
Tapi dijulang dan ditegakkan.

Tuesday, November 15

Usah Terpedaya Dek Keselesaan Wahai Mahasiswa!

Assalamualaikum,

Agak lama sebenarnya diri ini menyepi dari berkata sesuatu yang hakikatnya sering bermain diminda. Laman yang sempit ini ingin ku melontarkan persoalan yang nampak remeh tetapi hakikatnya mencorakkan masa depan negara kita.

Sedar atau tidak, perasan atau tidak mahasiswa sebenarnya dikawal oleh satu kuasa asing yang mampu merosakkan pewaris negara ini. Bukan isu AUKU tidak selari dengan Perlembagaan Malaysia, bukan sistem pendidikan negara yang sering dipertikaikan malah bukan juga isu wajarkan dibenarkan politik masuk ke dalam kampus. Tetapi isu disini ialah, keselesaan atau perkataan yang sering digunakan ialah "comfort zon".

Di negara India, rakyatnya disuap dengan pelbagai filem-filem yang mengasyikkan, penuh dengan adegan kesenangan dan kemewahan dimana mereka mempunyai rumah bak istana, berlari di taman bunga yang indah sehingga mereka lupa akan kesusahan hidup yang mereka hadapi.

Islam pula tidak akan lekang dengan tipu helah dan daya muslihat musuh-musuh Islam yang ingin melihat Islam  dibenci dan ditakuti. Lihat sahaja bagaimana mayat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi baru-baru ini tidak di uruskan dengan sempurna sedangkan Islam mengajar adab-adab dalam berperang, malah musuh yang menyerah kalah tidak boleh dibunuh. Ini tidak lain dan tidak bukan agenda yahudi yang ingin memburuk-burukkan Islam agar dibenci dan diaggap pengganas oleh masyarakat dunia.


Kita kembali ke dunia kampus, mahasiswa hari ini dilihat seperti tidak cakna dengan hal sekeliling mereka. Tidak peka atau malas mempertikaikan, itu tidak pasti. Yang pasti harga makanan sudah naik, dan mahasiswa seperti redho dan berserah sahaja dengan apa yang berlaku. Bukan itu sahaja, banyak lagi hal-hal kebajikan lain yang mahasiswa hanya tunduk dan patuh sahaja sedangkan pengajian ini dibayar bukan dipaksa.

 Mengapa ini berlaku, kerana kita selasa dengan tilam dan bantal yang empuk yang terus menghanyutkan kita di dalam mimpi. Ayuh bangunlah dari lena kerana " Manusia ketika ia terjaga sebenarnya dia tidur, manusia hanya terjaga bila ia mati kelak"


Allahu`alam

Saturday, February 12

kepada: Hosni Mubarak (bekas presiden Mesir)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Allah swt ada berfirman didalam Al-Quran di dalam surah Al-Imran ayat yang ke 26...




maksudnya,
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."


Allahu'alam.

Kerana Sayang Aku Tinggalkan



Sekilas buat kekasih,
Pergiku bukan kerana benci,
Tinggalku bukan kerana bosan,
Hilangku bukan tiada pengganti,
Tapi pergiku kerana mencari yang pasti,
Tinggalku kerana menurut perintah tuhan,
Hilangku kerana cinta,
Cinta kepada hidup selepas mati.

Apa guna terus bersama,
 jika hanya membawa derhaka,
Ke sana ke mari membawa dosa,
Hidup hanya sekadar hayalan,
Perintah tuhan terus diabaikan,
Kerana menurut kenikmatan dunia.

Cinta yang hanya mengundam duka,
Duka kerana asyik merindu,
Rindu yang menghumban ke neraka,
Yang hampir kita terlupa.

Usah diteruskan ketidakpastian ini,
Tidak tahu kemana penghujungnya,

Kerana syurga dan neraka itu pasti,
Tetapi hubungan kita belum pasti.

Ingatlah janji Allah itu pasti,
Soleh buat solehah,
Penzina buat penzina,
Kita pula dimana?

Aku tekad dengan keputusan ku,
Walau diminta seribu alasan,
Jawapanku tetap satu,
Kerana Tuhan Yang Maha Esa,
Atau tidak neraka tempat penghujungnya,
Kerana esok belum tentu kita masih bernyawa….
  
ISTIMEWA VALENTINE DAY