Sunday, December 12

IndaHnya Alam Ini

 

Subahanallah.. itu lah kata-kata yang paling tepat untuk diungkapkan setelah mendengar dan melihat vedio clip ini. Kembalilah kepada alam, pasti kamu menemui ketenangan dan kebenaran.... 

Thursday, December 9

aku insAn yang LemAh...

  Assalamualaikum wahai sahabat...
 
Kehidupan seharian meminta kita untuk sentiasa berfikir dan membuat keputusan. Detik berganti detik, minit bertukar jam, sehari terus berlalu. Matahari terus mengikut perintah pencipta dengan terbenam sebelah barat. Siang berganti malam, harapan kita mengharapkan malam akan damai dan tenang, langit dihiasai bintang- bintang yang diketui oleh bulan. Namun, tidak semua hari- hari yang berlalu seperti kita harapkan. bukan semua yang kita rancang akan terlaksana seperti yang kita inginkan kerana sesungguhnya ada Yang Maha Merancang.
   Ku sangkakan panas berpanjangan.. (smbg sndri lh). Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Kita kadang-kadang kecewa dengan apa yang kita gagal lakukan. Sebab itu rukun Iman yang ke-6 ialah Kepercayaan Kepada Qada' dan Qadar. Esok ada paper, seminggu kita 'balon' sebab nak skor subjek tu. last2 dapat teruk gak, di sini lah kita diuji...begitu juga kehidupan seharian kita, semuanya ujian dan dugaan. Seperti gambar tukul diatas, kerana patahnya tukul si anak kene marah, kerana patahnya tukul, habis cuti sepanjang hari, kerana patahnya tukul, abis anak-anak dan bini di rumah kene marah. 
  Semuanya kerana hati, semuanya kerana cara kita menerima masalah, semuanya kerana lemahnya tawakkal kita kepada Allah..
Akhir kata, jadilah seperti burung yang mana tawakkalnya tinggi, keluar di pagi hari, pulang di waktu petang, tetapi masih bernyawa dengan izin Allah..jadi janganlah berlebih-lebihan dalam berfikir atau ape sahaja kerana kelak akan masuk dalam hati dan akhirnya mengganggu khusyuk ibadat kita..
Allahua'lam..

Sunday, November 7

praktikal vs amali vs ilmu vs pengalaman

"ah, sape cakap ak x tau, senang je lah buat tu"

ungkapan yang sering kita lafazkan tak kale kita diarahkan buat sesuatu, namun sejauh mane kita tahu melaksanakannya. Ya mungkin kita pernah melihat, menolong atau membaca, tapi sejauh mana kita mampu melaksanakn sesuatu tugas tu tanpa pengalaman yang cukup lebih-lebih lagi apabila 'dipantau' oleh orang yang jauh lebih berpengalaman seperti bapa, atok mahupun seorang pegwai polis. Mungkin inilah remaja yang hidup dalam berdikari membuat keputusan atau sesuatu kerja... hakikatnya inilah yang berlaku kepada diri ku apabila ditakdirkan tayar kereta pancit. Walaupun pernah mempunyai pengalaman sebelum ini, tetapi pengalaman yang cetek itu masih belum mendewasakan diri ini kerana sambil lewa dalam melakukan sesuatu, bak kata budak zaman sekarang "asal jadi sudah".

"rasany dah ke-50 kali tegok orang buat salah cam ni"
Teguran sinis beberapa kali pegawai polis yang menyaksikan aku dan dua lagi sahabat yang sedang menukar tayar cukup menyedarkan aku akan teruknya apabila ada ilmu atau pengalaman tapi tidak digunakan sebaiknya dan mengambil mudah sesuatu perkara.
TETAPI YANG LEBIH AKU SEDAR IALAH AKU RINDU DIMARAHI DAN DITEGUR...kerana sudah lame rasanya diri ini tidak dimarahi terutamanya oleh emak tersayang di kampung.

trime kasih pak cik ;) 

Tuesday, October 12

kenAPA seJUjur KAta hATi?

sAlam PenGenalaN,
Mulut merupakan pancaindera yang bertanggungjawab melafazkan, memberitahu dan berkata-kata. Tetapi kenapa menipu atau berdusta sering menjadi salah satu tugas rasmi pancaindera kurnian Ilahi ini. Namun sejauh mana hati yang menjadi pengawal mulut mampu mengelakkan mulut dari terus berdusta. Biarkan hati berkata-kata dengan sejujurnya tanpa ragu-ragu dan gusar tentang apa yang ada disekelilingnya. Moga bila hati berbicara, mulut tidak akan berdusta lagi...insyaAllah