Sunday, December 12

IndaHnya Alam Ini

 

Subahanallah.. itu lah kata-kata yang paling tepat untuk diungkapkan setelah mendengar dan melihat vedio clip ini. Kembalilah kepada alam, pasti kamu menemui ketenangan dan kebenaran.... 

Thursday, December 9

aku insAn yang LemAh...

  Assalamualaikum wahai sahabat...
 
Kehidupan seharian meminta kita untuk sentiasa berfikir dan membuat keputusan. Detik berganti detik, minit bertukar jam, sehari terus berlalu. Matahari terus mengikut perintah pencipta dengan terbenam sebelah barat. Siang berganti malam, harapan kita mengharapkan malam akan damai dan tenang, langit dihiasai bintang- bintang yang diketui oleh bulan. Namun, tidak semua hari- hari yang berlalu seperti kita harapkan. bukan semua yang kita rancang akan terlaksana seperti yang kita inginkan kerana sesungguhnya ada Yang Maha Merancang.
   Ku sangkakan panas berpanjangan.. (smbg sndri lh). Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Kita kadang-kadang kecewa dengan apa yang kita gagal lakukan. Sebab itu rukun Iman yang ke-6 ialah Kepercayaan Kepada Qada' dan Qadar. Esok ada paper, seminggu kita 'balon' sebab nak skor subjek tu. last2 dapat teruk gak, di sini lah kita diuji...begitu juga kehidupan seharian kita, semuanya ujian dan dugaan. Seperti gambar tukul diatas, kerana patahnya tukul si anak kene marah, kerana patahnya tukul, habis cuti sepanjang hari, kerana patahnya tukul, abis anak-anak dan bini di rumah kene marah. 
  Semuanya kerana hati, semuanya kerana cara kita menerima masalah, semuanya kerana lemahnya tawakkal kita kepada Allah..
Akhir kata, jadilah seperti burung yang mana tawakkalnya tinggi, keluar di pagi hari, pulang di waktu petang, tetapi masih bernyawa dengan izin Allah..jadi janganlah berlebih-lebihan dalam berfikir atau ape sahaja kerana kelak akan masuk dalam hati dan akhirnya mengganggu khusyuk ibadat kita..
Allahua'lam..