Sunday, February 26

Kuantan Bandar Zombie?






Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Macam dalam cerita zombie kampong pisang dan cerita zombie orang putih, punca terjadinya zombie adalah apabila manusia terkena pencemaran toksik..

Kenapa aku bantah LYNAS?

Sebagai pengenalan, kepada yang belum tahu apa itu LYNAS, anda boleh ‘google’ perkataan tersebut dan pastikan terlebih dahulu anda mendapat capaian internet.

Penulis menetap di bandar Kuantan, perjalanan untuk sampai ke lokasi LYNAS ini hanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja. Lokasinya adalah kawasan perindustrian berat, namun tidak jauh dari situ wujudnya kawasan perumahan, namanya Balok.

Lokasi Kilang Lynas (klik untuk lebih jelas)

Penulis telah mendengar cerita-cerita tentang LYNAS ini hampir setahun dulu. Khabarnya bantahan dibuat oleh pihak pembangkang dan beberapa NGO adalah setelah pembinaan kilang LYNAS telah bermula dan menjadi panas setelah 70% proses pembinaan siap.

Ini bererti ‘pihak tertentu’ telah BERJAYA MENYEMBUNYIKAN kewujudan Lynas ini daripada masyarakat!

Namun bangkai gajah kalau ditutup dengan daun nipah pasti nampak jua.

Dan hari ini Himpinan Hijau 2.0 yang menghimpunkan hampir 20 ribu orang berlangsung SETELAH KILANG BEROPERASI! Kenalan ada menceritakan bahawa pada satu-satu shift bekerja, akan ada seorang pekerja yang akan berpakaian seperti angkasawan, ‘fully protected’. Ini membuktikan ada unsur-unsur radioaktif di kilang tersebut.

                                                           segak bukan? haha
         
Sudah dijalankan kajian tentang pandangan pendudukkah?  

Ini bukan soal politik atau PRU 13 dah dekat, tapi ini soal masa depan, dan soal generasi akan datang!

Dua sebab asas kenapa penulis membantah kewujudan kilang Lynas ini.

1)      Dikatakan segala proses akan selamat kerana kepakaran dan teknologi dan sistem yang baik…  tengok sahaja Loji Nuklear Jepun. Itu negara Jepun, negara maju. Malaysia? Cukup hebatkah kita?

2)      Jika berlaku kebocoran atau mala petaka terhadap kilang Lynas ini, adakah pihak kerajaan akan mengwar-warkan kepada masyarakat setempat dan melaksanakan langkah- langkah keselamatan? Jujurkah pihak berkuasa? Pembinaan kilang ini pun dirahsiakan…  

Kenapa Kuantan?

Kenapa Pahang?

Kenapa Malaysia?

Jangan sampai tajuk artikal ini menjadi kenyataan, Kuantan Bandar Zombi, jauhkanlah Ya Allah!
Sekian.

Wallahua`lam.

                                                                 Gambar Hiasan

2 comments:

  1. bukan, tetapi dia memproses bahan nadir bumi yg mempunyai bahan radio aktif, proses dia juga banyk guna HCl & H2SO4

    ReplyDelete