Monday, January 16

ROTAN bukan sekadar kuasa (I)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Rotan mungkin menjadi simbolik kuasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi penulis rotan merupakan simbolik DISIPLIN.

Rasulullah SAW ada berpesan, didiklah anak-anak untuk solat pada usianya 7 tahun dan pukul atau rotanlah jika dia masih tidak solat diusia 10 tahun.

Cuba kita imbau kembali semasa kita kanak-kanak, rotan adalah ketakutan bagi kita. Mana tidaknya, lewat pulang sahaja pasti kene, kaki kotor selepas bermain pasti kene, bergaduh dengan adik-adik dan malas mengaji, dapatlah habuan. Kadang-kala rotan tu tidak menyentuh tubuh kita pun, tapi kita menangis seperti dihiris jari dengan pisau. Tetapi itulah zaman kanak-kanak.

Kenapa rotan, mampukah ia menjadi senjata yang baik untuk kanak-kanak?

Bukankah kanak-kanak itu suci dan masih belum mengerti?

gambar hiasan

Cuba kita letak rotan sebagai alat untuk mendisiplin kanak-kanak, bukan kekuasaan. Ya, kanak-kanak belum mengerti tetapi pemilik rotan pasti sudah mengerti bukan? Apabila pemilik rotan meletakkan rotan sebagai kuasa, pasti kanak-kanak itu didera dan dikerjakan secukupnya.

Tetapi tidak bila rotan menjadi alat untuk mendisiplinkan kanak-kanak. Cukup sekadar kanak-kanak itu mendengar kata dan mengikut peraturan kata mudahnya berdisiplin. Jadi berjayalah rotan sebagai alat mendisiplinkan kita semasa kanak-kanak jika kita sudah takut apabila digertak dengan rotan.

Pada kita, kanak-kanak itu meletakkan rotan sebagai kuasa kerana mereka tidak mengerti, tetapi ibubapa kita mengerti dengan meletakkan rotan sabagai menDISIPLINkan.

Situasi hari ini, apabila ibubapa sebut rotan, si anak tersenyum sahaja…

Kata si anak, “ hi hi, rotan dah kene sorok.”

Allahualam…

Saturday, January 7

Takziah sebenarnya Ta'ziah (تعزية)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Masyarakat Melayu kita banyak menggunakan istilah Bahasa Arab dalam penggunan kata harian terutamanya berkaitan hal-hal ibadat.


Tetapi sedarkah kita bahawa setiap ucapan dan kata-kata itu adalah doa dan mempunyai makna atau erti tertentu... lain yang disebut lain lah juga maknanya.


Hal ini menjadi lebih serius apabila ia melibatkan hal ibadat seperti doa, niat dan sebagainya kerana ia melibatkan sah atau tidak sesuatu amalan itu.


Hal ini mungkin kerana dahulunya Bahasa Arab yang diaplikasikan ke dalam masyarakat kepulauan Melayu menggunankan tulisan Jawi. Lihat sahaja kitab-kitab yang dikarang oleh Ulama Nusantara, tiada yang bahasa rumi, semua tulisan jawi.


Kesannya apabila Bahasa Melayu digunakan untuk menjadi pengantara atau tulisan kepada Bahasa Arab ialah, sebutannya menjadi salah, maknanya menjadi lain. Antara perkataan yang menjadi sinonim dalam masyarakat kita hari ini adalah seperti;


1. Aidil Fitri dan Aidil Adha sepatutnya I'dul Firti dan I'dul Adha.


2. Takziah sebenarnya Ta'ziah (تعزية) sila rujuk sebutan bahasa Arab.


Selain itu kita juga tersalah istilah yang mana perkataanya hampir sama tetapi maksudnya jauh berbeza seperti...


(istilah bagi orang yang haram berkahwin dengan kita dengan kita seperti adik kita, emak mertua dan lain-lain) muhrim sepatutnya mahram. Muhrim bermaksud orang yang sedang mengerjakan umrah atau haji. 


Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang yang kita dan masyarakat kita lakukan tanpa kita sedari.


Ini sekadar cetusan dan penjentik bagi kita supaya lebih cakna, penulis bukanlah berlatar belakang sekolah Arab atau tahu berbahasa Arab, cuma sekadar perkongsian daripada apa yang tahu dan baru tahu...


kalo ada nak kongsi istilah-istilah lain, silakan sungguh dialu-alukan :) 


Allahua'lam, sekian..

Thursday, January 5

4 Faktor Kenapa M0tor Kapcai Tidak Laju


      Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera wahai mat-mat dan minah-minah motor (bukan mat rempit) sekalian. Moga-moga motor kalian dalam keadaan baik dan tip-top hendaknya.

Disini penulis ada pengalaman yang hendak dikongsikan, penulis bukanlah pomen handal atau pakar motor, jadi ‘engineer’ pun belum tentu lagi. Tapi ingat, pengalaman adalah guru yang baik, jadi jangan jadikan pengalaman sekadar sejarah yang bakal dilupakan, tapi ambillah ia menjadi pengajaran.

Sebelum itu, perlu jelas bahawa motor kapcai bukan merujuk kepada motor Honda Cub 70cc atau seangkatannya semata-mata, LC135, Wave125, Kriss dan skuter adalah kelompoknya juga (tak percaya Wikipedia ada). Kalo tidak, tak lah dipanggil ‘Petronas CubPrix’. (ala perlumbaan motor tu, yang buat kat jalan biasa yang dijadikan litar)

Penulis menyimpulkan ada empat faktor kenapa motor seseorang itu tidak laju (kalo tak percaya tanya diri sendiri):

1.      Penunggang Motor

Ciri –ciri atau sifat fizikal penunggang memainkan peranaan yang penting kerana ia akan mempengaruhi dari segi aerodinamik, senang cerita faktor rintangan angin. Sebab itu kalau dekat lebuhraya kita akan lihat aksi ‘separa supermen’ kenapa tidak penuh, sebab tak terbang. Kalo nak tahu, mereka ini sedang melawan arus angin dan berusaha mengurangkan rintangan agar dapat pergi lebih laju.”makin tunduk makin laju beb, tapi hati-hati, jangan sampai tertidur..”
Selain itu, berat badan juga memainkan peranan yang besar, mana ada pelumba motor badan berat kan? haha. “Ni tak, sebok nak setting sporket lah tukar ekzos lah, padahal badan sendiri yang berat, motor tak mampu nak tampung”.

2.      Ekonomi Semasa

Jangan ingat ini soal bursa saham pulak, jauh sekali harga pasaran motor. Ini soal poket masing-masing, tidak faham lagi? Hmm ok penulis bagi situasi, “ Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah penat bekerja, seperti biasa Rozak (bukan nama sebenar) menunggang motosikal dengan berhemah sekali (selalu pecut), tiba-tiba  ada sebiji motor dengan lajunye memotong dari belakang (yelah, tak kan dari depan kot). Hati Rosak menjadi panas, rase nak potong je balik, tapi apakan daya poketnye yang kosong dihujung bulan membuatkannya bersabar.” Sedikit info disini, untuk menjimatkan minyak dalam 2-3 titik, (tak bnyk pun), elakkan selalu memecut tetapi tungganglah dalam kelajuan sekata. “kalo dengar mat-mat motor bisisng rem-rem moto ‘premmmm.. preeemmm…’ tu tandanya tak sayang minyak, minyak dah la mahal…sekali bubuh RM5 tu pun tak penuh.”  


3.      Latar Belakang Keluarga

Panjanglah pulak, ingat nak tulis sikit jee..
Seterusnya faktor keluarga, ni bukan sebab mak bapa marah atau takut bini, tapi hampir sama dengan faktor kedua, tapi ni lain sikit. Hal ini selalunya melibatkan modifikasi motor yang besar, seperti tukar blok dan sebagainya. Secara teorinya, untuk dapatkan kelajuan yang tinggi, memerlukan enjin yang lebih berkuasa. Jadi dengan menukar blok dan sebagainya pada komponen enjin akan menyebabkan perubahan pada CC sesuatu enjin itu...(pada penulis, ni cara org kaya, maklumlah penulis miskin). Perbelanjaannya cukup besar dan mencecah ribuan ringgit. Modifikasi kecil sebagai contoh tukar CDI racing paling murah dua ratus lebih, ekzos seratus lebih, kaberator biasa-biasa punye pun seratus lebih, setting sporket satu set paling murah empat puluh lebih. Hmm boleh pening jugak kalo latar belakang keluarga yang bukan kaya ni. haha “jadi, main motor standard gaban sudah, wat parok minyak je tukar tu tukar ni..haha”   


4.      Usia

Faktor terakhir dari penulis, usia…
Dipendekkan cerita, mungkin kerana usia anda masih panjang dan bukan ditakdirkan mati dijalan yang lurus dan bukanlah Lebuhraya Utara Selatan mahupun Lebuhraya Pantai Timur yang menjadi saksi perjuangan anda dalam mengejar kelajuan..hehe

            Allahualam, sekian..     

Inilah kuda tunggangan kesayangan penulis, bukan untuk dijual kerana ia akan menjadi kenangan buat anak cucu nanti…



p/s: bukan nak ajak test kat highway mahupun nak kata motor ni laju, tapi sekadar nak ajak kalo-kalo ada rider kat luar sana yang rider JB-KTN.. bleh konvoi sekali, ak last paper final 19 januari 2012.