Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Rotan mungkin menjadi simbolik kuasa bagi sesetengah orang,
tetapi bagi penulis rotan merupakan simbolik DISIPLIN.
Rasulullah SAW ada berpesan, didiklah anak-anak untuk solat
pada usianya 7 tahun dan pukul atau rotanlah jika dia masih tidak solat diusia
10 tahun.
Cuba kita imbau kembali semasa kita kanak-kanak, rotan
adalah ketakutan bagi kita. Mana tidaknya, lewat pulang sahaja pasti kene, kaki
kotor selepas bermain pasti kene, bergaduh dengan adik-adik dan malas mengaji,
dapatlah habuan. Kadang-kala rotan tu tidak menyentuh tubuh kita pun, tapi kita
menangis seperti dihiris jari dengan pisau. Tetapi itulah zaman kanak-kanak.
Kenapa rotan, mampukah ia menjadi senjata yang baik untuk
kanak-kanak?
Bukankah kanak-kanak itu suci dan masih belum mengerti?
gambar hiasan
Cuba kita letak rotan sebagai alat untuk mendisiplin
kanak-kanak, bukan kekuasaan. Ya, kanak-kanak belum mengerti tetapi pemilik
rotan pasti sudah mengerti bukan? Apabila pemilik rotan meletakkan rotan
sebagai kuasa, pasti kanak-kanak itu didera dan dikerjakan secukupnya.
Tetapi tidak bila rotan menjadi alat untuk mendisiplinkan
kanak-kanak. Cukup sekadar kanak-kanak itu mendengar kata dan mengikut
peraturan kata mudahnya berdisiplin. Jadi berjayalah rotan sebagai alat
mendisiplinkan kita semasa kanak-kanak jika kita sudah takut apabila digertak
dengan rotan.
Pada kita, kanak-kanak itu meletakkan rotan sebagai kuasa kerana
mereka tidak mengerti, tetapi ibubapa kita mengerti dengan meletakkan rotan
sabagai menDISIPLINkan.
Situasi hari ini, apabila ibubapa sebut rotan, si anak
tersenyum sahaja…
Kata si anak, “ hi hi, rotan dah kene sorok.”
Allahualam…
No comments:
Post a Comment