Monday, January 30

Hati Seorang Lelaki (doh la tuu…)


“…Memang berbeza sekali perasaan jiwa lelaki dengan perempuan, sebagaimana berlainnya kejadian tubuh kasarnya. Lelaki dan perempuan sama-sama mencukupkan kehidupan dengan percintaan. Tetapi falsafah kedua belah pihak dalam perkara cinta, amat berbeza, laksana perbezaan Adam dan Hawa.
Lelaki bila mana telah menemukan cintanya untuk seorang perempuan, maka perempuan itu mesti jadi haknya seorang,
tak boleh orang lain hendak ikut berkongsi dengan dia.
Jika perempuan itu cantik, maka kecantikannya biarlah diketahui olehnya seorang.
Jika suara perempuan itu nyaring, biarlah dia seorang yang mendengarnya.
Sebab itu, kalau ada orang lain yang hendakmemuji kecantikannya, atau mengatakan suaranya nyaring, atau menyanjung budi baiknya,
Semua itu tidaklah diterima oleh lelaki yang mencintinya tadi.
Bertambah banyak orang memuji kecintaannya (kekasihnya), bertambah timbullah cemburu dalam hatinya,
sebab perempuan itu untuk dia,
buat dia,
tak boleh buat orang lain.

Tetapi takdirnya ada orang yang mencela, mengatakan perempuan yang dicintainya itu buruk tidak serupa perempuan lain,
kalau ada orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya, sebab dia telah memberi cinta hati kepada seorang perempuan,
yang kecantikannya tidak patut mendapat penghargaan setinggi itu,
kalau ada orang mencacat, merendahkan, maka semuanya itu bagi lelaki yang bercinta tadi, akan menambah patri cintanya dan
menambah harga perempuan itu dimatanya…”

~dipetik dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karangan HAMKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur dan setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT, tuhan sekalian alam kerana masih memberi kekuatan kepada penulis untuk menambahkan lagi contengan di halaman ini…

Novel karangan Hamka, nama sebenar Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah ini penuh padat dengan falsafah dan intonasi jiwa.
Pada awalnya disangkakan novel ini berkisah perang, tetapi jauh sekali ke alam cinta, cinta zaman nusantara,
cinta surat menyurat,
cerita cinta masyarakat yang teguh dengan adat,
cinta atas dasar kasih,
cinta pertama lelaki malang yang terus setia walau telah nyata dinodai cintanya...

Petikan di atas yang diambil dari novel ini cukup tepat
Kurang faham? Barang kali kamu memang kaum Hawa, lelaki baca sekali pasti faham dan setuju..
Tetapi yang musykilnya, bagaimana lelaki-lelaki di luar sana yang masih ramai istiqomah bercinta sebelum nikah..
Mungkin cinta dan setia lelaki-lelaki ini jauh melebihi cemburunya…
Kalo tak cemburu tipulah..  

Tahu ke lelaki-lelaki yang terus istiqomah bercouple ni, yang perempuan itu tidak curang dibelakangnya..?
Mungkin perempuan itu kuat pegangan agama, tidak keluar dengan lelaki lain (keluar dgn member pun bleh cemburu gak beb), dan tidak mungkir janji takut nanti tergolong dalam golongan munafik…

Hmm kalo perempuan tu kuat pegangan agama, boleh pulak dia couple dengan kita…

“Dia setiaa…”.

Sejauh mana? Kalo sekarang dia boleh bercouple dengan kita, tak mustahil di boleh bercouple dengan orang lain pulak.
Kalo dah kawin nanti, boleh gerenti ke hati kita, orang lelaki-lelaki sekalian boleh tenang dan menaruh 101% kepercayaan kepada isteri yang kita dah ‘couple’kan dulu..

Dengan kita dia boleh bercouple, pegang-pegang tangan, langgar sana-sini, ciut sana-sini, bergayut ber’sms’ siang malam sebelum kawin, tak mustahil selepas kawin dia boleh buat dengan orang lain semasa kita sibuk mencari nafkah…

“Bercouple sebab dah sayang sangat-sangat, dah berjanji nak kawin…”
“nak jaga dia elok-elok, jodoh pun kene usahakan?”
“takut nanti tak de org nak bimbing dia dan takut nanti dia bercouple dengan orang yang tak sepatutnya, orang yang hanya nak mainkan perasaan dia.”

Hebat sungguh cintamu kepada perempuan itu..,
Tapi perempuan itu macam mana pulak?

Penulis bukan syaitan yang nak meng’was-was’kan cintanya kepada kau seperti syaitan yang selalu meng’was-was’kan wuduk dan solat kau.

Jodoh itu milik Allah, kalo kita bercouple umpana kita tidak yakin dengan janji Allah dan qada dan qadar dan jodoh yang Allah dah tentukan bagi kita..

Kalau betul dia jodoh kita, biarkan Allah yang jaga dia.
Bagaimana dengan iman kita kalau kita merasakan diri kita yang mampu mengaturkan soal jodoh sendirian dengan bercouple dan berjanji akan setia...
Lupakah kita akan kuasa yang Maha Esa yang mampu mengubah apa-apa sahaja.

Sudahlah tu bercouple, tak rase penat ke hari-hari bimbang perkara yang tak pasti, sentiasa berada dialam fantasi duniawi.
Bukan senang nak jaga hati sahabat-sahabat…

Sekian, Allahualam.   

No comments:

Post a Comment