Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera wahai mat-mat dan
minah-minah motor (bukan mat rempit) sekalian. Moga-moga motor kalian dalam
keadaan baik dan tip-top hendaknya.
Disini penulis ada pengalaman yang hendak dikongsikan,
penulis bukanlah pomen handal atau pakar motor, jadi ‘engineer’ pun belum tentu
lagi. Tapi ingat, pengalaman adalah guru yang baik, jadi jangan jadikan
pengalaman sekadar sejarah yang bakal dilupakan, tapi ambillah ia menjadi
pengajaran.
Sebelum itu, perlu
jelas bahawa motor kapcai bukan merujuk kepada motor Honda Cub 70cc atau
seangkatannya semata-mata, LC135, Wave125, Kriss dan skuter adalah kelompoknya
juga (tak percaya Wikipedia ada). Kalo tidak, tak lah dipanggil ‘Petronas CubPrix’.
(ala perlumbaan motor tu, yang buat kat jalan biasa yang dijadikan litar)
Penulis menyimpulkan ada empat faktor kenapa motor
seseorang itu tidak laju (kalo tak percaya tanya diri sendiri):
1. Penunggang
Motor
Ciri –ciri atau sifat fizikal
penunggang memainkan peranaan yang penting kerana ia akan mempengaruhi dari
segi aerodinamik, senang cerita faktor rintangan angin. Sebab itu kalau dekat
lebuhraya kita akan lihat aksi ‘separa supermen’ kenapa tidak penuh, sebab tak
terbang. Kalo nak tahu, mereka ini sedang melawan arus angin dan berusaha
mengurangkan rintangan agar dapat pergi lebih laju.”makin tunduk makin laju beb,
tapi hati-hati, jangan sampai tertidur..”
Selain itu, berat badan juga
memainkan peranan yang besar, mana ada pelumba motor badan berat kan? haha. “Ni
tak, sebok nak setting sporket lah tukar ekzos lah, padahal badan sendiri yang
berat, motor tak mampu nak tampung”.
2. Ekonomi
Semasa
Jangan ingat ini soal bursa
saham pulak, jauh sekali harga pasaran motor. Ini soal poket masing-masing,
tidak faham lagi? Hmm ok penulis bagi situasi, “ Dalam perjalanan pulang ke
rumah setelah penat bekerja, seperti biasa Rozak (bukan nama sebenar) menunggang
motosikal dengan berhemah sekali (selalu pecut), tiba-tiba ada sebiji motor dengan lajunye memotong dari
belakang (yelah, tak kan dari depan kot). Hati Rosak menjadi panas, rase nak
potong je balik, tapi apakan daya poketnye yang kosong dihujung bulan
membuatkannya bersabar.” Sedikit info disini, untuk menjimatkan minyak dalam
2-3 titik, (tak bnyk pun), elakkan selalu memecut tetapi tungganglah dalam
kelajuan sekata. “kalo dengar mat-mat motor bisisng rem-rem moto ‘premmmm.. preeemmm…’
tu tandanya tak sayang minyak, minyak dah la mahal…sekali bubuh RM5 tu pun tak
penuh.”
3. Latar
Belakang Keluarga
Panjanglah pulak, ingat nak
tulis sikit jee..
Seterusnya faktor keluarga, ni
bukan sebab mak bapa marah atau takut bini, tapi hampir sama dengan faktor
kedua, tapi ni lain sikit. Hal ini selalunya melibatkan modifikasi motor yang
besar, seperti tukar blok dan sebagainya. Secara teorinya, untuk dapatkan
kelajuan yang tinggi, memerlukan enjin yang lebih berkuasa. Jadi dengan menukar
blok dan sebagainya pada komponen enjin akan menyebabkan perubahan pada CC
sesuatu enjin itu...(pada penulis, ni cara org kaya, maklumlah penulis miskin).
Perbelanjaannya cukup besar dan mencecah ribuan ringgit. Modifikasi kecil
sebagai contoh tukar CDI racing paling murah dua ratus lebih, ekzos seratus
lebih, kaberator biasa-biasa punye pun seratus lebih, setting sporket satu set
paling murah empat puluh lebih. Hmm boleh pening jugak kalo latar belakang
keluarga yang bukan kaya ni. haha “jadi, main motor standard gaban sudah, wat parok
minyak je tukar tu tukar ni..haha”
4. Usia
Faktor terakhir dari penulis,
usia…
Dipendekkan cerita, mungkin
kerana usia anda masih panjang dan bukan ditakdirkan mati dijalan yang lurus
dan bukanlah Lebuhraya Utara Selatan mahupun Lebuhraya Pantai Timur yang
menjadi saksi perjuangan anda dalam mengejar kelajuan..hehe
Allahualam,
sekian..
Inilah kuda tunggangan kesayangan penulis, bukan untuk dijual kerana ia akan menjadi kenangan buat anak cucu nanti…
p/s: bukan nak ajak test kat highway mahupun nak kata
motor ni laju, tapi sekadar nak ajak kalo-kalo ada rider kat luar sana yang
rider JB-KTN.. bleh konvoi sekali, ak last paper final 19 januari 2012.
No comments:
Post a Comment