Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Rotan adalah simbolik kepada disiplin.
Tidak
setuju?
Di sekolah,
siapa yang selalu bawa rotan ke hulu, ke hili, bukan guru disiplin ke..
Berdisiplin
tak kita apabila berselisih dengan guru disiplin ini? Haha, kemas bukan, tadinya
tie entah kemana, lencana sekolah yang
tiada boleh jadi ada.. Bukan kah rotan itu mampu menDISIPLINkan kita walaupun
buat seketika.
Bagaimana
rotan mampu mendisiplinkan kita apabila dewasa?
Saidina Umar
Al-khattab ra, setiap malam akan bermuhasabah dengan memukul diri sendiri atas kesalahan
yang dilakukan. Beliau di siang hari akan mencatat segala kesalahan yang
dilakukan dan akan bermuhasabah di malam hari.
Hari ini…
Bersangka
baik sehingga tidak berDISIPLIN
Bersangka
baik dan menutup aib orang lain adalah perkara yang dituntut terutama dalam
membina ukhwah sesama sahabat perjuangan.
Tetapi
jangan sampai menggadai disiplin.
Tidak berdisiplin
umpama tiada pendirian, bayangkan apabila jalan raya tanpa peraturan, tanpa
disiplin, pasti punah ranah masyarakat, kemalangan sana–sini, pergaduhan
berlaku. Itu baru jalan raya tanpa peraturan.
Diri kita
tidak berdisiplin? Siapa kata, bukan solat lima waktu telah mendisipinkan
kita.. Bukan siang dan malam telah mendisiplinkan kita?
Oleh itu
pentingnya disiplin, disiplin perlu didik dan dibentuk sehingga “alah bisa
tegal biasa”. Bermula dengan paksaan, akhirnya menjadi kebiasaan.
Dipecat..
Disaman..
Dipukul..
gambar hiasan
Belajarlah, kerana
ia membentuk dan mengajar kita menjadi lebih berdisiplin.
Disiplin
amat penting, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”
“mencegah lebih
baik daripada mengubati”
Peraturan digubal untuk menyelesaikan masalah, jadi
berdisiplinlah mengikut peraturan kerana tanpa peraturan kita tidak mampu
mendisipinkan diri sendiri.
“pukul bukan kerana benci, tetapi kerana sayang”
Kesimpulannya, kembalikan ROTAN dalam hidup anda sebagai alat untuk mendisiplinkan diri sebelum kita bekerja untuk mendisiplinkan orang lain terutamanya mendisiplinkan orang lain untuk mengikut syariat Allah SWT.
Kesimpulannya, kembalikan ROTAN dalam hidup anda sebagai alat untuk mendisiplinkan diri sebelum kita bekerja untuk mendisiplinkan orang lain terutamanya mendisiplinkan orang lain untuk mengikut syariat Allah SWT.
Sekian,
Allahualam.
~sekadar pendapat peribadi penulis
No comments:
Post a Comment